30 Nov 2011

Matematik Lebih Menyeronokkan

KUNCI kepada kemahiran mengira bagi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah adalah mengenali nombor-nombor asas dari satu ke lima sebelum memasuki peringkat lebih tinggi.

Ini termasuk menyusun nombor mengikut urutan, menghitung objek satu persatu atau menolak serta menambah nombor. Paling penting adalah bagaimana untuk meletakkan kemahiran ini ke dalam konteks pengiraan atau menyelesaikan sesuatu masalah sebenar.

Di sekolah, masalah matematik diajar menggunakan bahasa matematik dan kemahiran menyelesaikan masalah. Tetapi, apa yang lebih penting adalah mengajar anak tentang nombor dan matematik melalui kaedah yang lebih bermakna dan menyeronokkan.

Ramai ibu bapa tidak tahu bahawa kemahiran mengira boleh dikaitkan dengan kebanyakan aktiviti yang dilakukan oleh si anak.
OBJEK-OBJEK yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mengajar anak tentang penambahan serta penolakan.
Berikut adalah beberapa idea bagaimana untuk membuatkan anak menikmati sesi ‘pengiraan’:


*** Tunjukkan kepada anak tentang apa sahaja yang bernombor di sekitar rumah atau ketika keluar bersiar-siar. Kalendar, jam dinding, telefon, rumah, bas dan nombor plat kereta adalah contoh terbaik untuk memberi anak perhatian positif terhadap segala yang berkait dengan nombor.

Pada mulanya anak akan mengenali ia sebagai angka sebelum memahami apa sebenarnya ia. Selepas itu, ia menyenangkan anda membantu anak melihat urutan serta membaca nombor-nombor tersebut.

*** Berikan anak pengenalan asas tentang masalah kiraan harian. Apabila membuat kek, anda boleh mengira bilangan telur, amaun gula pasir, berapa sudu teh air dan sebagainya.

Atau sewaktu membahagikan snek kepada rakan-rakan, anak anda boleh menjadi ‘tukang pengukur’ sama ada amaun yang diberikan sama rata. Mintalah anak membantu anda ketika menyediakan makan malam. Dia boleh diajar menghitung bilangan sudu dan garpu di atas meja.

Makanan sesungguhnya adalah insentif yang baik. Bijirin mahupun pasta kering boleh dikira sebelum dimakan. Ataupun anda boleh menghiaskan biskut-biskut mahupun mufin dengan kepingan gula yang cantik untuk dikira oleh anak.

*** Objek-objek asli seperti kulit kepah atau biji pokok ru juga merupakan satu kaedah menarik untuk digunakan sebagai bahan kiraan. Pastikan anak mengira satu-satu jenis objek pada sesuatu masa. Ini mungkin mengambil sedikit masa sebelum dia benar-benar mahir.

Tetapi, objek-objek yang dikira boleh ditambah atau dikurangkan dari semasa ke semasa untuk mendidik anak tentang penambahan serta penolakan. Formula menambah dan menolak akhirnya akan dihafal oleh anak yang lebih dewasa bagi memudahkan mereka menyelesaikan masalah yang lebih kompleks dengan pantas.

Perkenalkan angka dalam permainan anak anda asalkan dia rela. Jika anak anda suka bermain dengan kereta, letakkan pelekat bernombor pada kereta atau minta anak untuk menyusun semula kotak-kotak kasut mengikut urutan nombornya. Perkara yang sama boleh dilakukan untuk keretapi.

*** Jika anak anda suka bermain permainan yang melibatkan watak, gunakan barang permainan atau telefon lama untuk ‘menelefon’ rakan-rakan, ahli keluarga yang lain, doktor atau sekadar menempah piza. Tuliskan nombor dalam buku ‘telefon’ tersebut.

*** Rekakan angka menggunakan adunan tepung atau guntingkan penyedut air untuk dijadikan lilin palsu di atas ‘kek’ bagi tujuan kiraan. Berlakonlah seakan anda adalah peniaga dengan menggunakan duit sebenar dan letakkan tanda harga pada makanan atau barangan mainan untuk tujuan jual beli.

*** Nyanyikan lagu yang melibatkan nombor sambil menghitung menggunakan jari, barang permainan atau binatang plastik. Berbincanglah dengan anak tentang urutan nombor sebelum dan selepas. Gunakan kad-kad bergambar sebagai bantuan.

*** Untuk anak yang lebih aktif, gunakan lukisan bernombor yang besar atas kad atau kertas untuk menarik perhatiannya. Pilihlah sebarang nombor dan mintanya menyebut nombor tersebut. Satu lagi alternatif lain adalah dengan melabelkan nombor pada kotak-kotak dan membiarkan anak membuang bola ke dalam kotak berbeza bagi mengumpulkan mata.

*** Dapatkan anak untuk bermain permainan klasik yang melibatkan pengiraan seperti ‘Pukul berapa sekarang?’ atau mengambil bahagian dalam permainan ‘ular dan tangga’.

Selamat Mencuba Pasti Lebih Menyeronokkan

Permainan Puzzle Matematik

Di sini saya ingin memperkenalkan teka-teki Matematik yang mencabar untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Saya pernah melihat kanak-kanak berasa bingung sehingga beberap bulan apabila teka-teki Matematik ini diberikan kepada mereka. Setiap kali, kanak-kanak itu terserempak dengan saya, dia akan bertanya kepada saya bagaimanakah hendak menyelesaikan masalah teka-teki Matemaik tersebut. Walaupun, kanak-kanak yang berumur lapan tahun akan memahami teka-teki Matematik tersebut tanpa masalah, pada hakikatnya kanak-kanak yang berumur sepuluh tahun ke atas yang berupaya menyelesaikan teka-teki tersebut.

Inilah gridnya (kotak empat segi). Apa yang anda harus buat ialah menyusun nombor 1 sehingga nombor 8 dalam kotak grid tersebut,

Peraturannya ialah nombor-nombor yang berturutan tidak boleh berada bersebelahan, mengufuk, mencancang atau pepenjuru. Nampaknya mudah? Cubalah dahulu! Lambat-laun anda akan sedar kenapa saya berpendapat teka-teki Matematik ini mencabar.

Anda akan dapati bahawa kanak-kanak biasanya akan cuba beberapa kali sebelum mereka mematuhi peraturan tersebut. Mereka akan menunjukkan jalan penyelesaian masing-masing dan anda akan dapati contohnya nombor 7 dan nombor 8 akan berada bersebelahan di penjuru grid. Jika anda terangkan kepada mereka bahawa jawapan mereka adalah salah, mereka akan cuba beberapa kali sehingga mendapat jawapannya.

Saya telah menyediakan lembaran teka-teki Matematik boleh cetak, yang mempunyai jalan penyelesain, termasuk gambarajah yang menujukkan kesalahan-kesalahan yang biasa akan dibuat oleh kanak-kanak. Jika, anda hanya ingin mendapatkan lembaran teka-teki Matematik tersebut, saya juga telah menyediakan dua teka-teki untuk setiap muka surat.


Mari Bermain Dengan Angka





29 Nov 2011

Permainan Newton


Salam satu Malaysia! Cool

       Pada kali ini, kita akan bermain 'Newtonian'. Dalam permainan ini, adik-adik perlu memikirkan bagaimana caranya untuk menjadikan bola yang ditunjukkan masuk ke dalam petak kuning yang disediakan. Adik-adik perlu kreatif untuk meletakkan kayu-kayu tersebut agar bola tersebut boleh sampai ke petak kuning. kayu atau roda bergerigi yang disediakan, boleh diletakkan secara menegak atau melintang. Tetapi adik-adik perlu tahu, segala benda dalam permainan ini bergerak mengikut daya graviti bumi. Jadinya, benda-benda dalam permainan ini tidak akan tergantung. Untuk menggerakkan kayu atau roda bergerigi tersebut, adik-adik perlu 'pause' dahulu game ini. selepas menentukan tempatnya, klik semula butang 'play'. Semoga berjaya melepasi setiap satu peringkat dalam permainan ini! Wink   

klik sini kalau nak main http://www.freeonlinegames.com/game/newtonian.html