2 Dec 2011

Permainan Matematik - 3 Beradik

3-BERADIK
Kemahiran : Pendaraban dua nombor 1 digit
Alatan        :
Papan Ajaib (Papan Nombor)
                    Petak Nombor (PENO)
                    1 dadu bernombor 1 hingga 6
                    1 dadu bernombor 3 hingga 8
                     Penanda berbeza warna
Peraturan Permainan :
1. Bilangan pemain      : 2 orang
2. Pemain-pemain diberi penanda-penanda yang berbeza warna.
3. Setiap pemain mengambil giliran untuk melontar kedua-dua dadu.
4. Pemain dikehendaki mendarabkan kedua-dua nombor yang tertera pada dadu-dadu tersebut
  (Pemain boleh merujuk PENO untuk menyemak jawapan)
5. Jika hasil darab tertera atas Papan Ajaib, pemain letakkan penanda di atas nombor pada papan tersebut.
6. Jika sesuatu nombor telah ada penanda, penanda lain tidak boleh diletakkan disitu.
7. Pemenang ialah pemain yang berjaya mendapat 3 penanda sederet dalam sebarang arah.

No comments:

Post a Comment