PINTAR PANTAS
Kemahiran : Pendaraban dua nombor 1-digit
Alatan : 2 set kad-kad yang bernombor 1-8
Petak Nombor (PENO)
Peraturan Permainan :
1. Dua orang pemain dan seorang hakim
2. Setiap set kad yang bernombor 1 hingga 8 di letakkan di hadapan kedua-dua pemain,
3. Kedua-dua pemain boleh mengocak kad-kad tersebut.
4. Hakim akan memberi arahan untuk memulakan permainan.
5. Secara serentak, pemain dikehendaki terbalikkan kad paling teratas dan meletakan di atas meja.
6. Pemain mesti mendarabkan kedua-dua nombor yang tertera pada kad-kad tersebut dan menjawab dengan pantas.
7. Hakim akan menyemak jawapan dengan merujuk PENO.
8. Pemain yang berjaya mendarab kedua-dua nombor akan mendapat hasil darab sebagai skor.
9. Hakim akan mencatat skor yang diperolehi oleh pemain
10. Langkah 3 hingga 9 diulangi sehingga kad yang terakhir.
No comments:
Post a Comment